15 Februari 2020 - 19:19
Tentera Syria Raih Momentum Di Aleppo Dalam Operasi Anti-Keganasan

Tentera kerajaan Syria dan sekutunya dilihat berjaya meraih momentum dalam operasi anti-keganasan Damsyik berikutan kejayaan pasukan tersebut dalam membebaskan lebih banyak kawasan daripada cengkaman kumpulan pengganas di wilayah Aleppo.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Tentera kerajaan Syria dan sekutunya dilihat berjaya meraih momentum dalam operasi anti-keganasan Damsyik berikutan kejayaan pasukan tersebut dalam membebaskan lebih banyak kawasan daripada cengkaman kumpulan pengganas di wilayah Aleppo.

Agensi berita rasmi Syria, SANA pada hari Jumaat melaporkan bahawa tentera kerajaan dan sekutu mereka berjaya membebaskan semula kawasan bernama Urum al-Sughra yang terletak di daerah Atarib.

Mereka kemudiannya melanjutkan operasi tersebut pada hari Jumaat dalam rangka membasmi elemen pengganas di Urum al-Kubrah dan kawasan sekitarnya.

Militan tajaan Turki tembak jatuh helikopter Tentera Udara Syria di Idlib

Sementara itu, sumber ketenteraan Syria memberitahu SANA bahawa kumpulan pengganas yang menerima bantuan Turki telah menembak jatuh helikopter tentera kerajaan di kawasan barat Aleppo.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pula berkata bahawa Ankara bertekad untuk menghalau keluar tentera kerajaan Syria dari sempadan pos pemerhati Turki di Idlib menjelang akhir bulan ini.

Susulan daripada itu, seorang pegawai Damsyik di Kementerian Luar Syria menolak ancaman Erdogan dan menyifatkan kenyataan itu sebagai ancaman 'kosong' yang dikeluarkan oleh individu yang sama sekali terpisah dari realiti di alam nyata. -Agensi